Wednesday, September 22, 2010

Susu

Ayah gua memberi signal kepada kereta di belakang dan dia pantas belok ke kiri dengan hati-hati. Kereta ayah berhenti di bahu jalan.



Depan mata gua, tersergam sebuah botol susu yang besar, tinggi lapan kaki, warna putih. Belakang botol tu pula sebuah padang yang amat luas. Gua dengan adik gua turun dari kereta. Nafsu gua tak dapat dibendung lagi.



“Nak warna apa?” Tanya mama gua.



“Abang nak susu warna kuning dua”



“Lina nak susu warna coklat, nak dua juga!” Adik gua mencelah. Nasib dia tak minta tiga, kalau tak, gua fight juga minta tiga.



Kami beli, tapi mama la yang bayar. Selepas proses transaksi, kami kembali ke kereta. Gua sengih panjang.



“Magik! Tapi kenapa susu mama tak macam ni?” Bisik hati gua kehairanan.



Sampai rumah, gua tanam cita-cita nak bela lembu yang boleh keluar susu warna pink dan rasa stroberi. Lembu keluar susu warna putih dah out of date.



Ini kisah tahun 1988.

Wednesday, April 07, 2010

Tayangan filem indie

Pada suatu hari gua telah pergi JOTIC. Tujuan gua hanya satu, nak layan filem indie. Ini bukan filem tamil atau hindustan. Para pelakonnya juga orang Malaysia.


Bersama bakal ummi

Saturday, February 27, 2010

senaman mata + sihatkan badan = rangsangan










Thursday, February 25, 2010

anak mami mari..










Saturday, February 13, 2010

jiwa kacau

Tuesday, February 09, 2010

besar punya! hak tuih!

Sejak beberapa menjak ni, semua orang tegur gua pasal berat badan gua. Damn! Berat gua naik bertubi-tubi. Ni dah melampau! Badan gua dah mula bulat semula. Petak-petak pada perut mula menyembunyikan diri.Tapi gua rasa diorang bukan sembunyi tapi bergabung menjadi satu. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung. Baru la hidup kita menjadi berkat.

Tinggal bujang menyewa rumah ni memang cukup menduga akal dan tahap profesiolisme. Dah la jauh dengan mak bapak, hilang tempat mengadu. Makan pun tak tentu hala. Semua main order je. Tu tak masuk ayam seludup bawah nasi tinggi macam bukit masa makan kat kedai nasi campur. Jahat betul. Nirrojim!

Sedang gua layan-layan fesbuk, tiba-tiba perut gua bunyi. Pergh dia punya lagu mantap. Gua pun lincah pergi dapur. Korek makanan yang ada. Abis satu dapur gua selongkar. Sampai terlajak ke bilik air gua cari makanan

"Ahah! Ada megi tomyam! Besar punya!" Gua girang. Gua karate meja satu das tanda hepi.

"Cilake Joe, megi pun nak sembunyikan atas siling" Gua check tarikh luput, lama lagi. Jadi megi ni memang boleh layan. Joe member gua ni memang kedaung orangnya.Setiap posisi rumah ada port letak barang dia. Dah macam Jefri Zain dalam filem Gerak Kilat. Gua ingat mak dia rajin tengok James Bond la dulu. Dah la kedaung, tak hensem plak tu. Kalau gua tengok dia sengih, gua rasa nak Ongbak muka dia pun ada.

Gua lincah ambik kuali. Pergi pili nak tadah air.

"Cilake, air paip boleh takda pula zaman genting ni!" Gua angin dah. Perasaan gua macam boleh kawal macam tak. Gua dah rasa nak pergi ibu pejabat bekalan air. Nak terajang terbang bos dia laju-laju.

"Ahah! ada air mineral." Panas gua hilang bila nampak ada air mineral dalam botol 1.5 liter. Gua pun apa lagi, tuang la air tu dalam kuali. Hidupkan api. Ngam-ngam buat masak megi.

Melompat-lompat gua sebab sebentar lagi gua dapat makan megi. Air dah didih, gua letak megi. Tunggu dua minit, gua masukkan perencah tomyam. Gua kacau megi tu dengan penuh kasih sayang. Gua bergaya ala Chef Wan.

Masak sudah megi gua. Gua menghidu asap megi yang telah dituang dalam magkuk.

"Betul-betul hor liow!" Bau megi tu je dah menambat hati. Macam tumbuh kepak belakang badan gua.

"Bismillah.." Gua baca bismillah dan doa makan. Gua bagi sudu pekena kuah dulu. Gua tiup-tiup kuah dalam sudu bagi dia sejuk sikit. Gua pun hirup.

"Haktuih! macam jahanam dia punya rasa!" Gua bingkas dari tempat duduk.

"Cilake, ni bukan air mineral, ni air aiskrim soda!" Gua tumbuk-tumbuk dinding rumah sampai berlubang!

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP