Saturday, May 16, 2009

hepY teAcher'S dAy...

intro...check, check 123

one thing yang mmg aku selalu jadikan pedoman dlm hidup...sajak ni aku tau sejak sekolah rendah lg..skg ni mcm azimat plak sajak ni pada aku...

tp klu tgk suasana skg...hampeh

so sape pun, xkira la dia cikgu skola mandu ke, cikgu silat ke, cikgu masak ke or cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari ke....Selamat Hari Guru 2009....hehehehe aku menceceh...layan sajak ni...


Guru oh Guru..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979






0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP