Saturday, July 11, 2009

Tidur vs Masa

Mata gua masih tertutup, tapi telinga gua sedang menangkap bunyi. Bunyi macam ring tone handset gua, tapi kenapa stail dia ascending. Handset gua pakai ringing. Atau otak gua yang gagal memproses data dengan baik, gara-gara gua baru bangun tidur. Bila mata gua dah terbuka, gua duduk dan menggeliat.

Dengan kepala yang masih berat, tenaga badan pun tak optimum, gua pun dengan sopan-santun menuju rak. Capai handset dan tengok. Dahi berkerut sambil mata gua fokus pada skrin handset.


15 missed call.

Joe013


18:30:42

Banyaknya. “Dah tak ada kerja lain ke Joe ni, main missed call-missed call?” Lagi haru, main dengan gua pula tu.


Walhal suatu masa dulu, inilah acara kegemaran gua. Gua pernah buat 100 missed call semasa tunggu nak buka puasa.


“Kenapa Joe call gua ni?” Gua pun terus call dia pula.



Wann : Hello, apa cerita?


Joe : Hello. Kau kat mana?


Wann : Gua kat rumah, baru bangun tidur.

Joe : Ish-ish, tak berubah kau ek, asik-asik tidur jek. Woi datang M Suite, aku kat JB ni. Pukul 5 aku dah sampai.


Wann : Orait. Tunggu lagi 10 minit. Gua sampai.



Patutlah banyak missed call.


Gua pun terus basuh muka, betulkan rambut, sarung khakis, pakai jam, capai wallet, kunci kereta dan handset. Dalam perjalanan menuju pintu, sempat la gua tanya berita apa yang menarik fasal dunia hiburan masa kini kepada housemate gua yang masa tu tengah tengok E! News. Then gua cakap nak keluar jap, jumpa kawan. Gua terus menuju ke pintu rumah. Turun tangga.


Sampai jek tingkat bawah, depan pintu kereta, gua terus naik balik. Masuk je rumah, housemate gua senyum-senyum tanpa bertanya kenapa. Gua balas senyuman dia. Gua terus ke almari plastik, ambil T-shirt Topman, sarung kat badan gua.


Hampeh. Lain kali jangan tidur lepas Asar!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

5 comments:

syaz July 25, 2009 at 3:08 PM  

lohh...kamu lupe pakai baju ke wantok...ahahahaha

wanntalk August 2, 2009 at 1:52 AM  

nabi dah pesan..tido pas asar mewarisi kemaniaan

Anonymous August 3, 2009 at 12:50 AM  

ko ni pun satu, dah th lepas asar xleh tido, ketegak juga tido

Anonymous August 3, 2009 at 12:52 AM  

mir, aku tak tahu nak wat id mcm mn, aku htr jer komen kat atas tu...hahahaha ---- cikgu abe

wanntalk August 5, 2009 at 7:33 PM  

be.. senang ja..mu blaja tinggi, atas pokok ka?

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP