Wednesday, September 22, 2010

Susu

Ayah gua memberi signal kepada kereta di belakang dan dia pantas belok ke kiri dengan hati-hati. Kereta ayah berhenti di bahu jalan.



Depan mata gua, tersergam sebuah botol susu yang besar, tinggi lapan kaki, warna putih. Belakang botol tu pula sebuah padang yang amat luas. Gua dengan adik gua turun dari kereta. Nafsu gua tak dapat dibendung lagi.



“Nak warna apa?” Tanya mama gua.



“Abang nak susu warna kuning dua”



“Lina nak susu warna coklat, nak dua juga!” Adik gua mencelah. Nasib dia tak minta tiga, kalau tak, gua fight juga minta tiga.



Kami beli, tapi mama la yang bayar. Selepas proses transaksi, kami kembali ke kereta. Gua sengih panjang.



“Magik! Tapi kenapa susu mama tak macam ni?” Bisik hati gua kehairanan.



Sampai rumah, gua tanam cita-cita nak bela lembu yang boleh keluar susu warna pink dan rasa stroberi. Lembu keluar susu warna putih dah out of date.



Ini kisah tahun 1988.

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP