Catatan seorang kasanova alaf 21
LOKASI rumahnya di tengah-tengah sawah padi di kampung yang tak berapa maju, Kelantan. Bertentangan dengan sawah padi itu terletak sebuah balai raya yang menjadi pusat kawalan keselamatan kampungnya.
Di situ, beliau selalu menghabiskan masa terluang dengan skodeng gelagat anak dara Tok Penghulu yang saban hari bertugas dan berkawad serta nyanyi lagu Negara Ku loghat Siam.
Dek kerana selalu mengintai kehidupan anak dara Tok Penghulu di balai raya tersebut, beliau menanam cita-cita untuk menjadi kasanova sepenuh masa.
Lantas anak kepada pasangan berketurunan raja yang dilahirkan pada tahun selepas merdeka ini mendekatkan diri dengan Tok Penghulu kampungnya untuk mendalami lagi 'obsesi dan ketagihannya' itu."Masa itu kawe agak rapat dengan Tok Penghulu di kampung kawe."
"Kawe kerap berjumpa dengannya bertanyakan tentang hidup kasanova. Tepat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta," katanya kepada Gaya Kasanova, baru-baru ini.
Menceritakan kisah menariknya, Abe Sala memberitahu, ketika beliau masih berpangkat koperal pada tahun 2002, beliau pernah trauma selepas digigit oleh orang kurang siuman di kampungnya.Ketika kejadian, Abe Sala khuatir orang gila itu mengganggu ketenteraman awam lalu terjadi satu pergelutan ala gusti ketika beliau ingin memberkas orang tersebut.
"Ketika itu dia sedang menuju ke arah kambingnya dan orang kampung waktu itu takut sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini." Jelas Karim, saksi kejadian.
"Sewaktu bergusti dengan orang itu, tanpa kawe sedar, kawe digigit dengan penuh ghairah di tangan kanan dan natijahnya kesan gigitan cinta itu meninggalkan parut kekal hingga hari ini," ujar Abe Sala sambil menunjukkan parut tersebut yang menerima dua jahitan tulang belut.
Namun, trauma tersebut tidak dapat menghalang Abe Sala daripada meneruskan kerjaya yang amat dicintainya ini.
Tanpa rasa malu atau segan, Abe Sala mengakui bahawa beliau hingga kini masih trauma kesan daripada gigitan cinta tersebut.
Disebabkan itu, Abe Sala sehingga kini berusaha sehabis baik bagi meningkatkan tahap keselamatan kawasan seliaan beliau seluas 17 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 48,000 orang, zon bebas gigitan.
Walaupun tanggungjawab Abe Sala sebagai Ketua Balai Raya sangat berat dan sukar hingga beliau pernah tidak lalu makan mengenangkan tugasnya ini, namun Abe Sala tetap tabah menghadapinya.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Abe Sala. Selamat berpuasa juga.
If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?
4 comments:
itu cerita aku yang tak betul, jaga ko mir, kat sekolah, aku baling bom petrol kedalam kete ko... bila aku skodeng anak tok penghulu?
aku upah jaini sumba pnacitkan kete ko,..nanti ko
abe..jgn la brutal sgt be..nanti kang azura berpaling tadah..kang dia suka kat kawe..aiyoh, tak tau
Ni majalah gaya kasanova online yang versi melayu megazine playboy ke? Wartawan dia semua ahli kasanova jugak la ek?
heeeeeeeeeeeeeeeee.................
Anyway sakit perut la beta gelak..
thanks bg beta gelak...
kepada abe sala.. tabah la menghadapi gosip2 liar 'gaya kasanova hotline' nie.. heeeeeeee..
Abe sala memang liar..nak buka pun liat, sahur jgn cite...
Post a Comment