Thursday, July 09, 2009

Angin pus-pus

5 Julai 2009

11.59 malam

Bilik gua


Dah seminggu gua tak menjejakkan kaki ke gym. Maka sebanyak dua kilo lemak berpusu-pusu menuju perut gua. Terasa rugi gak, tapi nak buat macam mana, aturan hidup gua berubah gak. Kerja bertambah!


6 Julai 2009

8.00 pagi

Blok H


Gua kena handle ULCP-SPM 2009. Syif tidur gua pun berubah. Pukul 6.15 gua dah mandi. Gigil-gigil gua masa mandi. Masa nak pakai spender pun susah, tak masuk-masuk! Tu belum kira mata gua masih ngantuk. Azab gak la.


Jadi secara tak langsung, kerja-kerja pengkulian gua pun jatuh ke tangan makhluk lain. P.A sistem, perhimpunan mingguan, penaksiran dan pengurusan bengkel. Semua benda ni dapat pada orang lain.


Gua memang gembira sebab dapat gak gua rehat secara tak langsung. Semua urusan lain, gua tak ambil port. Gua fokus dengan tugasan baru gua. Lagi menambah ceria gua, dapat tidur petang. Kalau tak pun gua pergi gym.


8 Julai 2009

3.30 petang

Bilik ICT


Gua siap buat claim. Yahuuu!


9 Julai 2009

1.43 petang

Majlis Pembudayaan Al-Quran.


Gua masuk bilik P. A sistem. Tepuk dahi gua. Macam tongkang pecah. Kerusi bertaburan. Meja bersimpang-siur! Emosi gua mula bergetar macam handset terima call.


Dengan rasa sabar yang semakin menipis, gua alihkan meja dan kerusi. Maka bermulalah misi mustahil gua. Macam jungle tracking pun ada.


Gua tak dapat baca surah Yasin. Gua ibarat transform menjadi bibik. Kalau bibik pakai kain batik. Gua pula pakai baju batik, kain satin!


Bilik P. A siap dikemas pada ayat Kun Faya-kuun.


Tunggulah pembalasan Si Pitung! Gua tengah bengang!


p/s : Gua bukan malas baca Yasin. Dulu-dulu asik gua jadi Imam, Bagi peluang orang lain tambah pahala. Gua pun dapat pahala.


If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP