Friday, September 04, 2009

Bacillus Calmette-Guerin

Pagi itu unggas menyanyi ceria. Tukang kebun pun bersukaria. Makcik kantin pula bertungkus-lumus menggoreng mee. Gua, Abu, Amie dan Saiful lepak dalam kelas sambil mengadakan usrah. Mula-mula kami bercadang nak buat tahlil dan baca Yassin, tapi sebab semua malas nak ambil wudhu, kami tukar program.

Cikgu Noraini kena panggil dengan Guru Besar. Memang berlaku tunjuk perasan la kat kelas gua kalau tiada guru. Ketua darjah la paling riuh, paling tak boleh blah. Macam pergi fun fair pun ada. Budak perempuan sibuk bergosip pasal artis, kadang-kadang terselit menghafal simpulan bahasa. Ada juga yang tekun menghias buku autograf kawan.

"Jangan bising, siapkan karangan autobiografi tu! Faham?"

Arahan Cikgu Noraini sebelum dia keluar kelas. Muka memang tak senyum. Tak pernah! Tapi gua dengar, dia pernah masuk pertandingan ratu kebaya kampung dia. Dapat hadiah saguhati.

"Faham...cikgu..."

Kami jawab sambil semua tunduk kepala, takut. Walhal, dalam hati dah berkobar-kobar gembira. Cikgu Noraini keluar sambil jeling kami. Mulut macam merungut tak puas hati. Tak sampai 5 minit dia hilang dari pandangan, terus expired amaran dia tu. Tajuk karangan pun gua dah lupa.

Topik usrah kami pada pagi hening itu ialah aktiviti selepas bersunat semasa cuti penggal.

"Gua dapat jek duit, gua terus rembat Brick Game, siap boleh main tinju-tinju dengan lumba kereta!" Cahaya riak jelas terpancar di wajah Amie.

"Ces, gua dapat game Pac Man je, gua rasa menyesal dah ni..Korang la, main paksa-paksa suruh aku sunat!" Keluh Saiful dengan nada pasrah.

"Bertenang geng, lepas ni kita dah boleh pergi bandar naik basikal ramai-ramai, tak perlu pergi dengan mak ayah!" Abu tenang jek. Gua memang was-was dengan Abu ni, kerana status sunat dia masih misteri dan diragui ketulenannya.

Sedang asyik kami berusrah, kung kang kung kang, tiba-tiba budak kelas sebelah beratur kat luar kelas. Masing-masing wajah sugul. Tak ketinggalan juga yang macam baru bangun tidur. Gua nampak Faizi dah terkulat-kulat, gaya shuffle pun ada, macam tahan berak. Gua saspek dia mesti makan pelam rembat rumah cina sebelah sekolah ni.

"Pergi mana wei?" Tanya gua kat Faizi

"Perpustakaan! Gua gigil bro, macam nak terkucil pun ada!" Muka Faizi pucat, serupa macam lepas kena starlite dengan Cikgu Misrin semalam sebab buat aksi wheelie dengan basikal BMX depan budak-budak perempuan. Sah, gua memang dah agak dia makan pelam rembat.

"Menakutkan ke perpustakaan tu?" Bisik hati gua. Tapi gua memang dengar, perpustakaan tu berhantu. Sebab ada yang mati dalam perpustakaan tu. Seriau!

Kami berempat memandang satu sama lain dengan riak kehairanan. Kelas gua sunyi, macam malaikat lalu naik basikal. Ketakutan pun menyelubungi. Abu telah menggenggam erat lengan Saiful. Ada la dua orang budak perempuan dah menggigit hujung kain tudung.

Satu fenomena aneh telah melanda sekolah gua.

Adakah benar Faizi memang nak terkucil? Sampai bilakah Abu perlu berahsia tentang status sunatan dia? Mampukah Abe Sala mempertahankan cintanya? Kenapa cinta begitu kejam sehingga Abe Sala selalu dipersalahkan oleh Wan Ezielia?

Jangan biarkan hidup Abe Sala diselubungi misteri...kain kapan takpe

Bersambung...

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

4 comments:

Puteri Hani Zara September 5, 2009 at 2:33 AM  

Sakit tak sunat? leh citer pasal hari kene sunat tak? Lu nangis tak? Takot tak?.. citer pasal hari sunat sedunia.. mesti best nieeee.. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

wanntalk September 5, 2009 at 1:31 PM  

hish...tak senonoh lu ni

Puteri Hani Zara September 5, 2009 at 1:40 PM  

iskh.. kalo pasal hari sunat.. kan budak2 semua kumpul.. kene sembur air dengan pili air.. berarak keliling kampung.. then kene kuarantin dalam umah tok mudim.. pastu kene pakai kain.. dok atas batang pisang... then setel....... heeeeeeeeeeeeee.. mana ada tak senonoh...
bagi Zara ia adat melayu... yang semakin pupus. Zara rasa Wantalk mesti sunat kat klinik.. heheeeeee
past nangis sambil kata "mama tanak, mama tanak!!!"
:P~~

wanntalk September 5, 2009 at 2:45 PM  

klinik la, terjamin kebersihan dan suci hama...lu pernah dengar perkataan bius?

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP