Saturday, September 05, 2009

Abe Sala dah insaf? Biar betul?

KALAU dulu aksinya semasa penggambaran drama Demam Estrogen menimbulkan kontroversi gara-gara aksi ‘terlampau’ tapi sekarang tidak lagi.

Kini, Abe Sala yang terkenal dengan sifat bengis tapi manja itu sudah mendapat kepercayaan untuk membawakan watak lebih mencabar.

“Kawe kena jadi jantan tau nyah, auuww” cerita Abe Sala dengan gembira dan teruja ketika menghubungi gua baru-baru ini. Ngeri juga gua mendengarnya masa tu.

Rupa-rupanya Abe Sala mendapat kepercayaan daripada pengarah Holiwud terkenal, Carter Ryee untuk membawakan watak penjahat dalam telefilem terbarunya, Romeo - Kantoi tak mandi pergi sekolah.

Menurut Abe Sala, telefilem lakonannya itu akan ditayangkan malam ini menerusi saluran Estro Riak pada jam 10 malam. Antara artis lain yang terlibat termasuklah Wan Ezielia, Siti Noorazlinawati dan Tom Krus.

Gua mengajukan kemusykilan kepada Abe Sala, dah namanya pun penjahat tentulah ada aksi-aksi lasak seperti letak ikan mati depan rumah, tendang tong sampah jiran, gigit curi dari belakang dan segala bagai. Jenuh jugalah gua dengar Abe Sala nak buat aksi itu, malah seminggu juga dadanya sakit kena ong-bak ketika berlakon. Sampai sekarang masih ada kesan lutut (lekuk) pada paru-paru kanan dia. Kesian Abe Sala. Abe Sala juga tak lalu makan, sebab tertelan rambut semasa melakukan lagak ngeri terjun dalam kolam renang.

Sempat juga gua mengorek rahsia bertanya hubungan dia dengan Wan Ezielia yang dikhabarkan sedang mekar dan bahagia. Dia cuma berkata dia gembira buat masa ni.

Tak apa Abe Sala, sakit kena ong-bak hilang juga akhirnya tapi kalau dah sakit hati, orang kata, boleh membawa ke mati. Gua harap Abe Sala tidaklah jadi begitu. Gua memang tau Abe Sala pernah mengalami kemurungan kronik selepas tersalah buat fesyen rambut. Dia juga pernah cuba bunuh diri dengan menutup hidung dengan penyepit baju selepas berpisah dengan artis terkenal, Azura.

Dengarnya drama Demam Estrogen juga akan disiarkan semula di Estro Riak November nanti. Wah! Nampaknya cerah masa depan Abe dalam bidang lakonan. Gua mengucapkan selamat maju jaya kepada Abe Sala.

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

2 comments:

bebeh September 9, 2009 at 12:43 AM  

cayala abe sala..slmt berjayo.
tp gak aku nok tanyo..
mu blakon tv brapo gak??
aku cari2..dok jupo lnsung

wanntalk September 9, 2009 at 2:00 AM  

Gua sepatah haram tak faham lu tulis apa! cakap melayu la woi!

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP