Sunday, July 26, 2009

Bunga KENANGa dan Air mawar (1958 - 2009)

Gua adalah manusia yang suka tengok iklan. Walaupun kadang-kadang iklan tu mengarut, tapi iklan tu bagi idea kreatif untuk gua. Paling gua suka dan tiap kali gua duduk berteleku depan tv ialah menunggu untuk tengok iklan dari Petronas sempena hari-hari cuti khas, seperti Hari Raya, Deepavali dan yang sewaktu dengannya. Iklan yang ringkas, kreatif dan penuh mesej. Paling tak boleh blah, menyentuh dan meruntun jiwa.

Gua selalu tertanya-tanya, siapa dalang di sebalik iklan tu? Cari punya cari, rupa-rupanya dalangnya ialah Yasmin Ahmad. Siapa dia ni?Cun ke dia?Poyo tak?

Haa ni gua nak cerita tentang Yasmin ni. Begini ceritanya. Masa gua lepak makan kue tiaw goreng depan tv sambil tengok berita, mama sudah port belakang gua.

"Mama kenal dia ni..." Mama mula berbicara dengan eksen dan bersadur poyo.

"Mama kenal?" Dahi berkerut. Gua tak percaya. Huh!

"Alaa..dulu mak dia, Pn Anom (Inom Yon) tu pengetua Sekolah Tun Aminah, sekolah mama. Baik tul Pn Anom tu.." Sambung mama dengan eksen yang masih tebal tapi poyo kurang.

"Yeke ni? Mama kenal Yasmin ke?" Gua masih tak percaya.

"Tak kenal la, tapi Auntie Mimah kenal dia. Geng dia masa kecik-kecik" Ish mama aku ni. Eksen tetap eksen. Tak boleh blah.

"Auntie Mimah? Sape? Nurse ea? Kawan mama?" Gua mula percaya dah. Jeng je jeng...

"Ye... Yasmin ni dulu tinggal kat Jalan Talib Abu, ala yang dekat dengan pasar ikan tu. Satu sekolah dengan Auntie Mimah kat Sekolah Bandar tu.." Mama cakap sambil berjalan pergi dapur. Nak minum air tahu.

"Ooo..." Gua sudah percaya.

Patut la lokasi-lokasi dalam filem dia seperti gua pernah tengok. Orang Batu Pahat rupanya. Tapi Yasmin lahir kat Muo (Muar)

Lagi terer, gua terjumpa blog dia pada tahun lepas, masa gua nak menyedut rompak iklan-iklan Petronas dari Youtube. Konon-konon nak jadikan bahan biar anak-anak buah gua sedar diri.

Blog Yasmin Ahmad 1

Blog Yasmin Ahmad 2


Gua sebak, siapa nak sambung blog dia? Al-Fatihah.

p/s : "Ko agak-agak kan, batu nisan dia bentuk apa? pipih ke bulat? ke empat segi?" Soal mama sebelum gua balik JB. Gua malas nak fikir, tak meningkatkan taraf hidup pekebun kecil kampung gua pun. Pasni bagaimana agaknya iklan Hari Raya Petronas? Damn! we really lost Somebody!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

3 comments:

sutera putih bertukar pink,,, July 28, 2009 at 12:28 AM  

al fatihah,,,,

syaz July 30, 2009 at 1:03 PM  

emm..btul laa..tgk iklan petronas tahun dpn cmn..tahun ni nyer, maybe arwah da siapkn kot..

wanntalk August 2, 2009 at 1:55 AM  

agaknya, hopefully pewaris idea arwah dah makin ramai..

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP