Sunday, July 19, 2009

Berkat berbakat

Masa sekolah dulu, gua tak terdedah sangat dengan muzik. Gua hanya terdedah pada sinaran UV matahari. Gua juga tidak mendedahkan aurat. Kalau ada pun masa PJ jek. Sekolah rendah, gua hanya mampu kibar bendera sahaja untuk persembahan hari penyampaian hadiah. Paling membuatkan gua terharu pun, ketua baca ikrar. Entah, kenapa Cikgu Fauziah tak bagi gua jadi ahli muzik. Namun gua sempat gak meniup rekoder dengan not G majer. Selepas tu, gua hanya tukang lalak bersama geng ala Innuendo. Lagu hits masa tu, Ais kacang, Kereta kecil, Ibu Ayam dan lagu Pengakap. Hampeh Abu, dia gak dapat jadi ahli muzik.

Sebabnya, keluarga gua pengikut sayap berhaluan kanan. Mungkin Cikgu Fauziah pun tau hal ni. Namun, jiwa gua tetap berat ke arah muzik. Jadi, masa gua banyak dihabiskan dengan membaca kitab dan membuat kerja rumah sambil main gitar menggunakan raket Yonex ayah gua. Bunyi gitar guna suara gua. Man Kidal kalau dengar gua goreng, menangis merayu suruh gua jadi mentor dia.

Bila gua di sekolah menengah, bakat gua telah diculik oleh seorang senior. Hamim nama dia. Bakat gua diculik semasa gua sedang asyik menarik suara ala Zamani Slam dalam bilik air. Hamim seorang kapitan kumpulan berhaluan kiri. Penjenayah kolar putih. Kes penculikan ini telah diketahui oleh pihak berkuasa, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Gua telah ditahan ibarat ISA. Nama kumpulan tu berhaluan kiri tu Zauqan.

Zauqan memang ganas. Ahli-ahlinya pakai celak tebal ala kumpulan KISS. Berus gigi pakai kayu siwak. Siap letak ubat gigi berfluorida kat kayu tu. Kalau bertembung dengan orang, mereka bagi salam. Kena jadi bilal setiap kali waktu solat. Kapitan pula jadi imam solat. Gua ni dijadikan sebagai noja. Kalau masuk markas Zauqan, perghhh memang terbaik. Indah dan ceria. Gua yang jadi mangsa culik ni, selalu dapat makan percuma. Gua juga dapat rembat minyak atar kapitan. Bau mayat! Lalu sebelah awek jek, awek tu sanggup kahwin mutaah dengan gua. Begitulah berkuasanya kumpulan Zauqan ni.

Pengaruh dan populariti Zauqan memang tak usah gua terangkan. Seantero dunia. Presiden Susilo Bambang Yudiyono pun tau. Tu pasal Rhoma Irama jadi karkun sekarang ni. Malah mereka pernah makan nasi ambeng satu dulang dengan Nelson Mandela. Seekor anak zirafah betina baru lahir pun diberi nama  Siti Nurzauqaniah al hamim. Tapi memang mereka anti sama presiden USA. Kerap jumpa bomoh Thai untuk hantar tuju-tuju kat presiden USA setelah teknik nasi kangkang gagal.

Terima kasih Zauqan, tanpa korang bakat gua masuk longkang!

p/s : Cikgu Fauziah pun dah meninggal dunia masa gua darjah 6. Al-Fatihah.

Abu pandai bodek, tu dia dapat jadi ahli muzik. Cilakak!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

2 comments:

syaz July 25, 2009 at 7:39 PM  

awk ni kan..mmg berbakat bab merapu laa..hoho

wanntalk August 2, 2009 at 1:54 AM  

mana ada merapu, penulisan kreatif tu..

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP