Terlebih kasih sayang punca kemalangan
JOHOR BAHRU 28 Julai - Seorang remaja patah lengan kirinya setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri melibatkan dua orang remaja di Padang SAB berhampiran Taman Rekreasi SAB
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang setelah mangsa, tercampak keluar dari pintu gol sebelum tercampak jatuh ke tanah.
Menurut saksi kejadian, sebaik tiba di lokasi, mangsa gagal mengawal nafsunya lalu merempuh seorang remaja yang sedang bergerak.
Dipercayai juga mangsa dibawah pengaruh rancangan Kelab Kanak-kanak Angkasapuri dan sedang giat berlatih untuk uji bakat.
Pegawai Turus Penguat Kuasa dan Operasi Trafik Johor Bahru, Deputi Supritendan Mohd Zaki Hasan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan dia kini berada dalam keadaan stabil.
Akibat dari kemalangan ini, ramai pegawai tidak dapat pulang awal ke rumah untuk bersama keluarga dan hanya sempat solat Maghrib di surau hospital. Para pegawai juga tidak dapat bermain badminton. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan tunjuk perasaan agar ekonomi negara terus meningkat.
- BERNAMA
Iklantakberbayar : Untuk mengawal emosi, lu boleh cuba memakai minyak wangi beraura. Dapatkan dari wakil penjual yang berjiran dengan lu.
If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?
7 comments:
Wakil penjual yang terdekat adalah saya@ZaRa.. hehe.. sesape yang berminat nk beli minyak wangi yang disuntik aura nie.. contact me@ZaRa
--> aimathilde@graffiti.net
Gua dapat komisyen tak?
cite merepek meraban..haha
apa plak? kisah benar tu. Tv3 dah kontek gua nak hak penyiaran kat NONA
tahap keperasanan yg melampau lu nih..
lu kontek karam singh walia, dia dh kena ong bak kat perut dari gua
sebab karam singh walia kena ong bak dengan gua:
dia terlebih angkat tangan bila berpantun!
Post a Comment