Friday, August 07, 2009

Gua mudah tersentuh orangnya. Sentimental

Masa menganggur tunggu nak dapat kerja, gua telah ditawarkan mengajar di sebuah pusat tuisyen. Agak lumayan juga gajinya. Ajar matematik tingkatan 3. Budak-budak nak ambil PMR. Senang jek.


Hari pertama kerja, semangat sungguh gua. Pakaian pun bergaya, macam nak pergi kenduri kahwin. Tepat jam 8.45 malam, gua dah selamat sampai pusat tuisyen. Tuisyen mula jam 9.00 malam. Semangat nak mendidik anak bangsa, setakat datang awal ni, gua boleh ketepikan. Lagipun pemilik pusat tuisyen pun dah bagi segala maklumat masa dia telefon gua. Jadi gua tak perlu jumpa dia dulu. Dia ada ceramah politik.


Gua masuk kelas, gua insan yang pertama sampai. Selang 10 minit, datang tiga orang budak lelaki. Gua hanya senyum tak berkata. Konon-konon nak serius. Kemudian selang 10 minit, dua orang budak lelaki lagi sampai. Maka cukuplah jumlah pelajar gua.


Macam biasa, hari pertama mesti berkenalan. Mana tau di kalangan mereka ada akak yang cun dan masih solo, boleh juga gua rembat. Maka, gua pun suruh budak yang paling lambat sampai untuk jadi yang pertama memperkenalkan diri.


“Hah awak, kenapa lambat?” Serius pertanyaan gua.


“Ayah lambat balik masjid cikgu, tak ada orang nak hantar”


“Ooo takpe, siapa nama awak?”


“Nama saya Abdul John, cikgu.” Jawapan yang agak serius.


“Abdul John? Abdul John bin apa?” Musykil. Setahu gua John Jonny Janadem, pararam pam pam pam pam... sahaja yang ada


“Abdul John bina badan, keh keh keh”


“Binawe budak ni!”


Gua rasa nak bertukar jadi Tony Jaa. Gua nak bagi tendangan lutut ong-bak padu maut kat buah pinggang Abdul John bertalu-talu! Atau gua yang akan alami kemurungan tahap Abdullah Ahmad Badawi. Dua pilihan ni jek gua ada.


If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

2 comments:

syaz August 11, 2009 at 3:09 PM  

ape kesimpulan cite lu nih..

cite x abis..

wanntalk August 12, 2009 at 11:26 PM  

abis dah ler...pikir sendiri la..pelajar2 zaman sekarang

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP