Kopak-kopak
Tepat ngam-ngam depan bangunan Persada Johor gua parking kereta. Secara haram di sisi undang-undang jalan raya, tetapi boleh menurut fatwa yang digezetkan oleh adik gua. Lincah sungguh gerakan pejalanan kaki gua. Gua ada misi mustahil untuk dibereskan.
Misi : Mencari pemanas air elektrik dengan pam yang terbina dalam.
Harga : Yang gua mampu beli sahaja.
Jenama : Yang disahkan halal oleh SIRIM
Objektif : Penghuni rumah dapat
- Menikmati mandi pagi dan tengah malam tanpa menggigil.
- Meningkatkan bil elektrik rumah agar mama terus membebel.
- Tidak menggunakan bilik air ayah yang sememangnya eksklusif untuk beliau.
p/s : Homedecor ke-12, gua terlepas nak tengok Eric Leong bagi tips. Ces!
Jasa perempuan bertudung hitam yang penuh misteri akan dikenang! Lu banyak membantu beb. Nanti gua cakap dengan Eric Leong, buka satu booth untuk lu jual kerepek.
If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?
10 comments:
wei,bli pmanas air ke...skrg musim xtntu la...kt tmpt aku pns gle...mandi air gelang besi pn xrs sjuk.....zaki zin
Lu mandi masa tengahari, memang la panas..cuba mandi kul 4 pagi ke?
En Wanntalk beli brand ape? Joven? Beegest? Alpha? Tu je yang ZaRa nampak kat Home DEC ritue..
Gua beli Beebest, setelah mendapat khidmat nasihat wanita bertudung hitam.
owh..jadik gak lu beli water heater heh..lu ni lemak jek blapis lapis..tp mandi x tahan sejukk..
tu menunjukkan bukan lemak berlapis tapi otot yang tegap..
1 kali hua
2 kali hua
3 kali hua
Total: Hua HUa HUa
otot yg tegap konon...udah ler...kihkikih..
tegap wei, malik noor tanya gua makan ape..gua jawab "makan nasi"
Post a Comment