Sunday, August 02, 2009

Badbestbad day

“Ko kat mana? Kitorang tunggu ko kat Shell ni, dekat dengan Jusco Tebrau” Syikin menyoal.


"Gua on the way, lu tunggu dulu" Gua menjawab.


"Lama lagi tak? Berapa minit?" Aiza menyoal pula.


"5 minit!" Jawapan ringkas, padat dan yakin!


Gua cergas memacu “bukan kereta biasa” pada kadar kelajuan yang akan menyebabkan polis trafik tersenyum lebar andai gua termasuk perangkap mereka. Bukan itu sahaja, kesan sampingan lain, gua kena masukkan megi dalam perut selepas masuk perangkap mereka. Setelah bergerak sejauh 2km, tiba-tiba depan gua, banyak kereta bersusun macam nak masuk parking lot.


"Ces! Yusof Haslam ni kalau nak buat penggambaran Gerak Khas, takde waktu lain ke?" Carutan bertalu-talu tersembur. Memang boleh kenyang la, siap sendawa.


Kenapa la berlaku kesesakan lalu lintas pada saat-saat gua dah terlambat ni. Tapi, nak buat macam mana, jalan Pasir Gudang. Ada dahan jatuh pun boleh sesak sampai berkilometrico. Siap kena Qada solat lagi. Dan kalau dah sesak, pemandu Malaysia terus berperangai tak senonoh dan sangat la celakanya. Boleh kurang pahala puasa!


"Kitorang gerak dulu la, nanti tak sempat jumpa pengantin lak." Ros cakap kat gua.


"Orait.." Jawapan pasrah gua.


Setelah lebih kurang 20 minit, gua lalu betul-betul depan lokasi penggambaran.


"Pergh, ada shooting adegan pelanggaran, empat buah kenderaan buat drift! Dahsyat!" Gua terkesima.


Lepas je lalu, gua tekan NOS, berdezup kereta gua pergi.


"Kitorang kat Esso" Ili aka Ejal memaklumkan pada gua.


"Ok, gua tau kat mana." Konfiden gua jawab.


Akhirnya, sempat gak gua nak saing dengan awek-awek ni. Ada lima orang semuanya.


Diorang setia menunggu gua!


p/s : Awek-awek tu rugi tak dapat tengok kemalangan jalan raya. Padan muka!

Hanya Santa tiada dialog.


If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

4 comments:

syaz August 5, 2009 at 2:34 PM  

tahun bile ni beb??

wanntalk August 5, 2009 at 7:23 PM  

hari ahad lepas 2 agustus 2009

arukasakura August 6, 2009 at 11:15 AM  

awek2 Cikgu mmg setia menunggu Cikgu...da Cikgu pun send msg "nnti makan tunggu aku"...cian kat Cikgu,nnti keseorngan lak...hehehe...ala..x rugi la x tgk adegan ala2 drift tu,lagi rugi klu xdpt jmp&b'gmbr dgn pengantin...yg penting,misi tercapai!!(^_^)

wanntalk August 7, 2009 at 1:09 PM  

adegan kemalangan gagal diambil angkara kelajuan kereta bergerak 15 batu nautica tahun cahaya

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP