Monday, August 17, 2009

Mencari Cinta

Nama : Farah Yusniza
Kenangan manis : Menggeliat bangun tidur dan solat 5 waktu
Lelaki idaman : Yang beriman
Impian : Duta produk & pusat pelangsingan badan
Cogankata : Berat terapung, ringan tenggelam

Sinopsis : Farah suka A&W, bukan minum rootbeernya, tapi makan maskot beruangnya. Suka memandu kereta perlahan-lahan. Hanya minum air reverse osmosis dan tidak suka air bateri. Ada apa dengan Farah?

Pada suatu hari, Farah terjumpa Fahrin Ahmad. Jantungnya berdebar-debar laju macam speedboat. Fahrin adalah cinta pertamanya. Itu untuk 10 tahun yang lepas. Kini cintanya dimiliki oleh A. Galak. Farah terpikat kerana kumisnya yang seksi dan berbentuk burung kakak tua.

"Bestnya ada kumis, boleh buat simpan makanan bekal"

Namun Tuhan penentu segala. Farah semakin keliru.

"Ala..Kenapa jumpa dia ni? Kang A. Galak cemburu buta kat aku."

Namun tragedi antara Farah dan Fahrin tidak pernah luput atau pudar. Semua berlaku sekelip mata. Hingga kini Farah masih menanggung berat badan berlebihan kesan dari tragedi itu.

Adakah cinta Farah dan Fahrin akan berputik mekar semula bila mereka berjumpa? Dapatkah A. Galak meminangnya sebelum Hari Raya?

p/s : Cinta selalu dipersalahkan. Selalu dipercacatkan. Sebenarnya cinta itu buta. Namun kerana kemiskinan, cinta gagal melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth.

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

2 comments:

syaz August 25, 2009 at 9:22 PM  

sape dia ni?
x marah ke tiba2 lu upload picca dia kt sini..
huhu

wanntalk August 30, 2009 at 3:27 AM  

kalau marah nnt kena jual!

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP