Friday, August 28, 2009

Rancangan Makanan Tambahan

Semasa gua masih belum akil baligh, sekolah rendah gua selalu membenarkan jurujual-jurujual yang menjual buku-buku cerita merapu yang gua fikir mengarut bila gua tengok semula buku-buku tu kat rak buku rumah keluarga gua.

Macam-macam tajuk saintifik digunakan. Antara tajuk paling saintifik masa tu, mengalahkan perkataan Oryza Sativa pada setem 30 sen ialah Khairul Si Budak Nakal - Meletak Ikan Mati Dalam Bakul Basikal Johan. Sudah semestinya sasaran penulis ialah budak-budak lelaki.

Kalau tajuk untuk budak-budak perempuan pula yang gua tengok, Siti Si Pemalas Mandi - Misi Mencukur Misai Abang Angkat.

Pelik sungguh, tapi budak-budak zaman 80'an pasti beli la.

Prosedur beli :

1. Guru kelas akan mengagihkan kat semua pelajar kertas senarai bertulis tajuk buku, harga serta kuantitinya.
(Semua tak sabar nak kertas tu sampai main tolak-tolak)

2. Kami (gua dan geng) generasi yang rajin dan suka membaca ni, akan tanda pada kotak tajuk buku yang hendak dibeli.
(Kebenaran membeli dari ibu bapa selalu diketepikan oleh kami)


3. Bunyi loceng waktu rehat atau waktu balik, kami menyerbu van putih dengan jurujual-jurujual yang senyum-senyum nak menghabiskan duit beli jajan atau cekedis kami dengan membeli buku mereka.
(Bukan sikit duit woo, mau belanja makan untuk sebulan tu!)

4. Jurujual akan mengambil kertas yang telah ditanda oleh kami, lalu mencari buku-buku yang dikehendaki dalam timbunan buku-buku. Jika buku yang dikehendaki tiada, beliau akan menggantikannya dengan buku yang sama harganya.
(Part ni paling cilakak, gua minta buku cerita pasal pengakap, gua dapat buku koleksi lirik lagu. Nasib baik ilmu Ong-Bak gua belum lagi khatam masa tu)

5. Pembayaran dibuat, buku pun dapat walaupun buku yang kami minta belum tentu betul tajuknya, yelah terus dapat dalam beg plastik kan? Kami tersenyum gembira melihat buku masing-masing.
(Lupa diri seketika, nanti sampai rumah mesti kena bebel dengan ibu bapa)

Membaca dengan kuat dalam bilik darjah (kadang-kadang dilakukan secara berduet atau berkumpulan dengan vokal harmoni) adalah cara paling top untuk menyebabkan geng tak beli buku cemburu. Malah membaca dengan kuat sepanjang perjalanan balik ke rumah juga menunjukkan betapa gembiranya dapat membeli buku cerita.

p/s : Setelah membeli buku tanpa kebenaran ibu bapa, gua telah menyertai makan bersama budak-budak RMT di waktu rehat selama 3 bulan. Sedap, kadang-kadang roti canai, mee rebus juga tidak ketinggalan.


If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

7 comments:

Anonymous August 28, 2009 at 3:08 PM  

wanntalk....uikssss...imbas kenangn silam gaks kew????ahhahhahhah

gile kentang best dowh...

huhuhuhu...tq sbb sudi singgah umah i yg cantiks nuh....singgah la lagi...tkpun...jd follower rq pon ok gakssss....muhkakkakkkakak

rq dah follow awak tuh..

p/s>>>RMT mmg best...alhamdulillah..

Puteri Hani Zara August 30, 2009 at 1:37 AM  

Kanak2 RMT.. Reti Makan Tido.. heeeeeeeeeeeee
isk isk isk

wanntalk August 30, 2009 at 3:25 AM  

RMT lagi best dari RTM!

syaz September 1, 2009 at 1:37 PM  

hee..lu nih amik kesempatan btul..
kesian dak2 RMT x cukp mkanan..

buku2 tu x pnh pun ada jual kt sek..
pelik2 je tajuk buku..huhu

wanntalk September 2, 2009 at 8:29 PM  

Pergh xde jual lu cakap? Bape kali ulang cetak, kalah woo buku Heri poter!

syaz September 3, 2009 at 1:29 PM  

seyes xde..
yg i ingat ada library bergerak je yg dtg,
dlm tu mmg byk buku arr..

wanntalk September 4, 2009 at 2:10 AM  

ni buku tahap orang sudah mumai'is..lu cari buku bercakap dengan jin..memang tak pandang la buku-buku gini.

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP