Friday, January 29, 2010

zaman kanak-kanak

Petang, kira-kira dalam jam 5.30, tiba-tiba mama panggil gua.

"Yok pergi King Parit, kita dinner kat luar la, mama malas masak.." Sayup suara mama panggil gua.

Gua masa tu tengah layan angin tiup bunga lalang dari beranda rumah. Cantik. Liuk lentok dia asyik. Angin sepoi-sepoi bahasa. Mata macam nak tertidur pun ada.

"Lama dah gua tak potong rumput ni. Dah berani diorang buat kerajaan kat laman rumah gua." Kritik gua kat diri sendiri.

Gua tarik nafas dalam-dalam, gua hela steady.

"Heeyahhh!" Terus gua angkat punggung, menggeliat dan mulakan langkah masuk bilik nak tukar baju. Siap pakai baju, gua ke pintu depan, gua tengok mama dengan ayah dah tunggu kat luar rumah. Honda Siti pun mama dah siap-siap on.

Masuk kereta gua letak cun-cun awek gua. Reverse. Mama dan ayah masuk kereta.

******

"Singgah kedai ni, mama nak tengok ikan segar"

Gua signal kiri, gua parking kat bahu jalan. Mama dan ayah keluar menuju ke kedai runcit kampung. Gua stay dalam kereta je. Namun tiba-tiba mata gua tertarik pada satu suasana yang mengimbas kembali zaman kanak-kanak gua. Pantas gua kejut awek gua yang dah terlelap.



Gua tengok budak-budak tu main bola, memang gua rasa gian. Jack Purcell gua pun dah lama tak rasa kulit bola. Sejak kerja, gua nak bersukan pun seminggu sekali je. Habis hilang perut ala The Rock gua. Dari 6 ketul tinggal 1 ketul.

Tapi rasa main bola tu hanya sekelumit perasaan gua. Yang marak membara ialah rasa seronok kalau gua masih sebaya budak-budak tu. Lupa segala masalah dunia. Balik sekolah agama, tukar baju, naik basikal, sampai padang terus main bola sampai maghrib. Freedom. Kerja rumah ada ke tak, esok exam ada ke tak, semua diorang langgar. Itulah part dalam kehidupan yang gua rindu.


Dapat jumpa kawan-kawan, dah cukup. Kalau makan aiskrim asam kecut pun belah dua. Gula-gula Hudson atau Hacks kuning pun belah dua. Semua kongsi. Yang penting enjoy the moment dan semua merasa. Kena kejar anjing atau angsa pun bersama.



"Uiii..yok, nak cari kedai makan lagi ni.." Mama cuit bahu gua. Gua terus senyum sendiri. Kaki melangkah menuju kereta.

Sangat relevan dengan tagline iklan baju Kiko, "Saya mahu jadi kanak-kanak selamanya!"

Lu orang macam mana?

6 comments:

Aidi-Safuan January 29, 2010 at 10:47 PM  

huhu..tuh yang menarik jadik budak2.arini gadoh,sok da luper da. :)

wanntalk January 29, 2010 at 10:53 PM  

betul..nanti takleh pinjam tape satria baja hitam..betul tak?

Hanis January 29, 2010 at 11:27 PM  

bestnya zaman kanak2..
ble main masak2.. hehe

wanntalk January 30, 2010 at 10:24 AM  

hahaha..best..emm nak masak pe ek?

bhacosem February 8, 2010 at 3:37 AM  

salam..lols..sye rindu main skipping rope n g cycling satu taman..huhu..
wak2 kecik2 dulu x sabar2 nk jd org besar.dh jd remaja skarang..rindu je jd bdak kecik T.T

wanntalk February 14, 2010 at 1:37 PM  

kami dulu main getah, ceper dan naik beca ramai-ramai dikejar anjing..kelakar siut..nabihah still remaja, dah besar ke?

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP