Sunday, January 31, 2010

bila gambar bercerita

Pada suatu hari, Epul (bukan nama samaran) berasa bosan. Dia juga berasa boring serta jemu. Tambahan pula, cuaca di Malaysia agak panas ketika ini.

"Bagus juga kalau mandi ni, dah la panas.." Epul memberi cadangan kepada diri sendiri.

Kung kang kung kang debushhh, siap sudah Epul mandi. Tiba-tiba henpon baru Epul berbunyi. Dengan hanya bertuala putih, terkedik-kedik dia berlari mendapatkan henpon. Namun, Epul jadi tensen bila melihat ayat yang tertera pada henponnya. Riak wajahnya terus muram.

"Aku tak sanggup hidup!" Epul menjerit dan berlari keluar rumah sambil air mata bercucuran. Hampir tercabut tuala dari tubuhnya.

Epul naik ke bumbung rumah. Dengan susah payah dia panjat. Mujur berat badannya dah turun selepas stres dengan kehidupan di alaf baru ini. Niatnya hanya satu, ingin lompat dari bumbung rumah dengan hanya bertuala! Sedang Epul mengambil lajak untuk lompat, dia tiba-tiba menjadi separuh waras. Epul berhenti.

"Baik aku duduk dulu, fikir kenapa masalah kelumumur dan jerawat kepala aku ni makin teruk" Bisik Epul seorang diri. Tiba-tiba Epol ternampak sesuatu tengah terbang..Epol tergamam..terus Epol pakai baju, sebab malu. Kemudian dia keluar semula tengok objek terbang tu..



*****

Di suatu tempat yang lain, ada seorang superhero kebosanan.

"Tidak ada insan ke nak buat jenayah ke hari ni? Rompakan kabinet ke? Curi besi ke? Pukul orang dari belakang ke?" Rungut superhero.

"Ah, baik gua terbang seperti burung layang-layang" Zaass pantas superhero terbang ke udara!



*****

Di bumi, Epol begitu teruja sampai nak panggil Team Seekers!

4 comments:

IntanBerlian February 3, 2010 at 11:50 PM  

lol.gmbar sgt menarik.lagi2 yg terbang tu=D

wanntalk February 4, 2010 at 12:26 AM  

Hahaha..thanks awak pun cantik..nak jadi model saya? hehehehe

syaz February 22, 2010 at 10:30 PM  
This comment has been removed by the author.
syaz February 22, 2010 at 10:31 PM  

ceh..smpt kasi pujian dgn cubaan menekel..haha

cite psl org len, suke ada scene agak malu2..tp bila cite sndiri, trus angkat jd superhero tuu.. :P

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP