proses meruntuh sesuatu yang kukuh dan klasik
Tahun 2006, gua sampai di sebuah kawasan perumahan JKR. Kuarters kakitangan. Melihat senibina kuarters tu, memang cukup klasik. Penuh gaya kolonial. Malah, susunan landskap rumah pun sangat art (seni) pada pandangan gua.
Petang-petang gua boleh nampak budak-budak main bola atas tar tanpa rasa takut dilanggar kereta apatah lagi babi hutan. Para makcik juga sering bergosip bersama jiran tetangga. Kalau TV sekarang penuh rancangan jaga tepi kain orang, tapi jika dibandingkan gosip antara makcik-makcik, rancangan TV tu ibarat sampah. Semua makcik-makcik tu cover, takde terlepas. Dari hal jiran sebelah, kedai runcit mamak, politik dunia, artis-artis, resepi masak, cara pikat suami, lu orang sebut sahaja. Pasti ada. Sedang sang ayah leka merokok sambil baca suratkhabar. Geleng kepala.
Di sini juga ramai orang buta, pekak dan bisu berjoging tiap-tiap petang. Malah kadang-kadang gua ternampak juga pasangan kekasih naik motor atau kereta pusing-pusing sekitar perumahan ini. Cari port nak r*m*n agaknya.
Di sini juga gua menyewa rumah. Duduk serumah dengan laki-laki yang suka meraba. Mujur bilik kami berlainan.
Tahun 2010, semua di atas dah tiada, cuma yang tinggal mungkin port nak buat projek manusia yang tiada duit sewa hotel.
Sekarang gua nak layan GLEE. Oh, gua teringat, gua dah lama tak balik kampung. Lu orang tak rindu kampung ke?
0 comments:
Post a Comment