Monday, June 29, 2009

Pagi yang cerah, Petang yang gelap

Setelah bercuti selama dua minggu, nak kembali bekerja memang la liat macam lemak dalam badan orang yang obesiti. Mujur la segala urusan penandaan kertas gua dah selesaikan sebelum cuti lagi. Seperti biasa, selagi hidup, kita bekerja dan kalau kita bekerja, kita masih hidup. Namun hari ni, gua masih suram.

Nak jadikan cerita, banyaklah kerja-kerja susulan perlu dilakukan selepas penandaan kertas. Selain dari nak membuat analisis item, gua kena buat audit gak. Bila sampai jek di lokasi kejadian, apa lagi yang ditunggu, gua gosip! Gua nak sangat dengar ayat-ayat cinta yang mengatakan bos gua akan pindah. Namun harapan tu luluh bagai cempedak busuk! Berita yang paling panas gua dengar, bos gua tak jadi pindah. Aduh, rasa macam barang-barang gua disita oleh LDHN sebab tak bayar income tax. Gua memang tak berkenan sangat pada bos gua ni. Pada gua, dia bos yang tiada hala tuju yang jelas. Semua yang dia buat ibarat sampah yang terapung dalam kolam renang. Makin suram hari gua.

Itu hal bos gua. Tak cukup dengan tu, sedang gua sibuk mengarah manusia untuk membuat kerja, tiba-tiba gua rasa geli-geli kat kelengkang gua disusuli dengan lagu Diary of Jane berkumandang dengan kuat. Alamak, handset gua la. Gua pun seluk kocek, ambil handset. Gua tengok yang naik cuma nombor pemanggil. “Aduh, ejen insurans mana lak call ni?” Gua ignore jek handset gua sampai dia diam sendiri. Tak lama pas tu, dia berbunyi semula, “Ish, orang kad kredit ke ni?”. Gua pun angkat, selepas gua tengok dah lima miscalls. Bila gua tekan butang hijau jek, keluar suara perempuan. Tapi suara dia tak macam orang nak offer insurans atau kad kredit pun, suara gelabah.

“Wann kat mana ni?” tanya perempuan tu.
“Saya kat bengkel ni, apa hal?” jawab gua separuh terpinga, separuh bingung.
“Tunggu sekejap ek, nanti saya datang sana.” Gua yang dah sedia bingung jadi pelik.

Selang jek satu minit, tiba-tiba muncul perempuan yang comel tapi riak mukanya gabra. Dia senyum dalam gabra pada gua. Manis siut dia senyum, boleh dapat diabetes kalau gua absorb senyuman dia tu. Gua pun membalas semula dengan senyuman yang miang tapi tegas, sebab anak-anak buah gua yang sengal-bengal masih ada kat bengkel. Jadi isu panas pula nanti. Kena terjah dengan Nas Ahmad.

“Wann, maaf ek, tadi masa saya nak reverse kereta, sensor dia tak bunyi, sedar-sedar saya dah langgar bumper kereta Wann” terang perempuan tu dalam rasa bersalah.
“Jom la tengok kereta Wann, nanti saya bayar ganti rugi semua” sambung perempuan tu dengan nada kalut.

Gua jawab, “Ok, kejap ek, saya nak urus budak-budak ni dulu, lepas ni saya datang” Dalam otak dan hati gua, bercampur-baur macam-macam. Hari gua bukan lagi suram, tapi dah gelap-gelita macam charger handset gua.

What the hell happen to me? Why me?

Arrrrgggghhhhhh!!!!!!!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP