Friday, July 03, 2009

Yea yeah...Dapat Baru!

Sekolah lu ada ke?

Satu hari, masa subjek bahasa Inggeris, Cikgu Norliah, cikgu yang ajar gua bahasa penjajah ni, ajak gua satu kelas layan movie. Cerita kartun Mickey Mouse. Masa tu masih guna VCR lagi. Player jenama National. Semasa beratur sebelum masuk bilik tayang, gua asik senyum-senyum jek. Dapat tengok cerita kartun, siapalah tak suka.

Masuk bilik tayang kat sekolah masa ni, gua dah syok macam gua dapat masuk TGV Gold Class kat KLCC. Ada air-con sejuk dan TV besar. Masuk pun kena buka kasut. Bau stoking masing-masing macam longkang. Budak-budak la katakan. Sedang cikgu gua rewind tape movie tu, tiba-tiba gua rasa nak terkucil. Suhu bilik rendah sangat agaknya. Gua angkat tangan, minta ke tandas. Green light!

Masalahnya, bilik tayang ni kat tingkat 3, tandas tu plak kat tingkat 1, jauh siut. Hujung dengan hujung plak tu. Maka dengan harapan gua takkan terlepas apa-apa walaupun montaj movie tu, dengan cergas gua ke tandas!

“Peh kenapa ketat plak ni!” Rungut gua masa nak buka seluar.

Dapat jek gua buka seluar, dan…dan…dan…. aaahhh, kelegaan yang sangat impak maksimum! Lama gak la proses perkumuhan ni berlangsung, menunjukkan kandungan air melebihi kandungan mineral dalam pundi kencing gua. Menggigil-gigil gua selepas beberapa titisan terakhir. Gua beristinjak dengan air mutlak selepas tu.

Basuh tangan, then gua setting rambut. Gua tengok cermin sambil jinjit-jinjit, untuk membetulkan kemeja yang gua tuck in. Bila gua dah perasan kacak macam Azroy Gila-gila Remaja, filem Melayu meletup masa tu, maka selesailah misi tak berapa penting gua. Layan movie lagi penting.

Bila gua naik jek tangga, terjumpa dengan Rozie dan Norita yang nak ke tandas juga agaknya. Bila diorang pandang gua, diorang senyum panjang kat gua, kemudian terkekeh-kekeh. Gua pun senyum sambil control macho. Gua terus panjat tangga. Kemudian di tingkat 2, gua terjumpa plak dengan Junaidah, awek yang minat kat gua sejak darjah 1, jalan seiringan dengan Liza, sepupu gua. Diorang pun senyum panjang kat gua, kemudian terkekeh-kekeh. Macam biasa la, gua control macho lagi.

Sampai jek tingkat 3, Emie, Saiful dengan Abu tengah tunggu gua nun di hujung sebelah sana blok kat depan bilik tayang. Yang gua pelik, kasut budak-budak lain dah takde depan pintu bilik tayang. Gua pun secepat Flash berlari ke arah diorang. Sampai jek gua depan diorang, diorang ketawa tak ingat dunia tengok gua. Gua yang dah sedia pelik jadi musykil dan bertambah hairan.

Gua bertanya, “Mana budak lain? Kartun dah mula ke belum?”

Abu jawab, “Kau pakai spender kuning! Kahkahkah! Kaler kuning!”

Cess, gua lupa zip seluar!

Dan diorang terus ketawa, turun peratus kehenseman dan kemachoan gua...

Tak nak kawan!


p/s : Selain keaiban gua yang dah terdedah, gua juga tak dapat tengok movie, sebab cikgu Norliah kena pergi mesyuarat. Kawan-kawan gua pun tak dapat. Padan muka! Abu kena sekeh dengan gua! Padan muka!

Spender kuning tu mama gua baru belikan kat pasar lambak sehari sebelum hari kejadian. Fesyen baru plak tu, jenama Scuba. Sayang mama. Dan sejak hari kejadian, gua isytihar gencatan warna kuning terhadap spender! Kaler pelangi takpe!

Ni cerita masa gua darjah 4.


3 comments:

Anonymous July 5, 2009 at 4:22 PM  

ni ke seluar dalam tu???
bukan....
lain kali pakar ah seluar dalam yang sama warna..nag seluar..
pasti tak mali lagi...
hahahaha

syaz July 25, 2009 at 3:20 PM  

ahahahahaha...
lawak yg x bkesudahan..

wanntalk August 3, 2009 at 1:20 AM  

best wo dapat pakai spender mahal, ada prestige

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP