Saturday, July 04, 2009

Simpati vs sakit hati

Deadline hari 6 Julai, tapi kerja still belum siap! Lagi menyusahkan gua, supervisor gua yang cemerlang tu pun mengharapkan hasil dari gua. Gila ah! Gua ni pekerja amatur jek


Gua pula sekarang dalam dilema, menjadi seorang yang tegas ke atau masih menyimpan simpati untuk anak bangsa gua yang masih tak sedar diri tu! Sampai bila? Lagi haru, gua plak yang kena kerja overtime!


Tahun ni, dah tiga tahun gua alami perkara serupa. Jiwa gua terbelah. Macam ayam yang nak bertelur tapi tak dapat! Tapi kalau ayam bertelur, boleh gak supply kedai burger tepi jalan dekat rumah gua!

“Bro, burger daging spesial satu, biasa satu. Pedas ea..” Gua mengoder

“Alamak bro, telur abis la..Dua-dua biasa leh?” Dia jawab sambil berharap

“Boleh…” Gua senyum pahit. Hampeh!


Buat kerja dah la lambat, bila dah siap, hasil macam celaka! Bagi nilai rendah, nanti peratus kompeni drop. Gua juga kena jawab dengan big bos. Bagi tinggi, big bos senyum la, tapi gua tak dapat apa-apa pun! Macam haram! Dia dapat gak garu-garu!


Gua masih tercari-cari definisi perasaan yang gua alami ni. Adakah ini alam remaja? Kenapa gua dulu tak macam ni? Kalau bab menghafal fakta, gua memang kalah! Tapi ni buat kerja dengan mesin! Best beb! Seronok!


Benda ni dah jadi macam beban dalam hidup gua! Ayat macam tak puas hati. Gua masih kabur dan belum jumpa titik pertemuan antara beban dan amanah dalam situasi kerjaya gua sekarang! Berapa lama gua nak hidup gini?


Suara ala Ramli Sarip gua pun masih belum pulih. Mukus pula menyekat pergerakan oksigen dan karbon dioksida. Sekali gua hembus, lumayan hasilnya. Memang bergelumang la hidung gua dengan tisu dan tuala Good Morning.


Tidurlah, esok masih ada. Harap-harapnya.


If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

2 comments:

arukasakura July 14, 2009 at 11:40 PM  

itulah realiti kerjaya ko di zaman skrg...antara amanah atau bebanan yg dipikul...antara ikhlas tuk mendidik atau sekadar duit semata-mata...dan antara dtg tuk menimba ilmu atau sekadar perabihkan duit mak bapak...kn??

wanntalk July 16, 2009 at 1:24 AM  

tu la..tak boleh blah...

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP