Sunday, September 13, 2009

Gossip: Abe Sala mencederakan teman wanita?

Teman wanita yang mendakwa dicederakan oleh Abe Sala.

Belum reda dengan kontroversi yang ada, Abe Sala datang lagi dengan gossip baru. Sememangnya kontroversi telah sebati dengan rambut bulu beliau. Kali ini gossip yang hadir, lebih panas, lebih lemak, lebih berkrim dan lebih kerinting berbanding cinta lokasi beliau dengan artis skandal politik, Wan Ezielia. Ketika ditanya mengenai gossip terbaru ini, Abe Sala tetap tenang sambil berzikir menjawab, "Kawe ni artis top wei, demo semo tu iri hati denge kawe, huh!".

Begitu tenang Abe Sala, setenang air di kali. Gua memang saspek la. Manakala menurut wanita yang mendakwa dirinya dicederakan oleh Abe Sala, pertemuan dan bibit-bibit percintaan mereka bermula dengan hanya segelas tea hijau beng yang menjadi ketagihan Abe Sala.

"Suatu hari, I sedang sibuk mengambil pesanan di kantin, tiba-tiba I terpandang jejaka yang asyik menyikat dan bermain dengan jambul rambutnya masuk ke kantin. Hati I terus berdebar-debar!" Sempat juga wanita ni menyanyi lagu Sedang ingin bercinta dari kumpulan Dewa19.

"Bagai pucuk, ulam pegaga tau, tiba-tiba dia mengenyit mata dan melancarkan ciuman terbang kepada I. Dek kerana tindakan romantik beliau, I dibuang kerja dan koma di hospital selama dua purnama tau tuan hamba!"

"Koma tu gua tau sebab Abe Sala lupa pakai deodoran, tapi kenapa pula lu dibuang kerja?" Gua menyoal gaya Hasbullah Awang.

"Abe Sala mengajak I kahwin lari berganti-ganti di Siam masa tu juga.." Wanita itu menjawab tenang. Namun, air matanya mula bergenang, butir-butir katanya juga tersekat-sekat.

"Bukan ke lu cakap hubungan dengan Abe Sala bermula dengan teh hijau beng?" Gua ingin merungkai kekerintingan yang berenang dalam otak.

"Oh itu I terpaksa simpan. Biarlah rahsia, nanti Wan Ezielia serang I dengan keropok lekor.." Masa tu, air mata wanita ini tidak dapat dibendung lagi. Titis air matanya jatuh membasahi pipi. Dia menangis tanpa henti selama tiga purnama lamanya. Mungkin dapat memecahkan rekod yang dipegang oleh Kassim Selamat.

Oleh sebab tangisan yang berlangsung tanpa henti itu, pejabat gua telah mengalami banjir kilat. Ternakan gua semua habis mati, sehingga gua terpaksa membatalkan kontrak bekalan daging unta mentah ke Dubai. Gua tukar kepada ternakan unta laut, jadi bolehlah gua perah susunya nanti. Pokok-pokok ketupat semua mereput. Gua terpaksalah makan lemang je raya ni. Siti pula mengambil kesempatan mandi dan berenang, siap membina empangan jana kuasa elektrik lagi.

Gua juga dah memeterai MoU dengan Siti untuk membina taman tema air ala Sunway Lagoon. Gua juga telah membeli sebuah kapal selam pejuang sedan hatchback Airbus 380, sebagai salah satu barang dalam pelan induk keselamatan gua. Jika untung memberangsangkan, gua akan senaraikan aset dalam saham papan kekunci utama Wall Street. Doakan gua berjaya.

Abe Sala yang relaks sambil membaca Mangga. Kini beliau telah mengupah kaki pukul untuk jadi pengawal peribadi.

p/s: Abe Sala memang alergi dengan perempuan!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

1 comments:

syaz September 14, 2009 at 12:21 PM  

cite xde kaitan dgn tajuk

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP