Wednesday, September 16, 2009

Luar dan dalam tak sama beb..

“Yang, jom makan sizzling..” Ayat menggedik dah keluar dah.

“Makan kat mana?”

“Kat tebrau la yang..” Sambil main-main jari kat mulut.

“Lu belanja?”

“Iye la.. “ mata terkebil-kebil.

“Set..jom!”

Masa tu, memang tahap lapar gua pun dah mencapai 7.1 skala ritcher. Tahap bosan di majlis entah apa-apa ni dah sampai gua nak karate rostrum tu. Yang tengah berucap tu pula gua nak lempang laju-laju. Bila Mek Siti dah cakap nak belanja, apa tunggu lagi, gua pun mencanang hal ni kepada geng-geng yang lain menggunakan teknologi. Macam sambut hari raya mereka tersenyum. Setelah mesyuarat berjalan lebih kurang 5 jam melalui sms, masing-masing bersetuju.

Dalam jam 6.30 petang, gua gerak naik kereta dengan seorang ustaz yang kerja kontrak kat pejabat gua. Tugas dia hanya menjadi imam solat dan memimpin bacaan Yassin. Kadang-kadang terselit juga bercerita tentang kisah-kisah nabi.

Emm.. gua musykil, Epol gerak dengan siapa ek? Ina kot. Siti gerak dengan adik Ima.

Ustaz yang gua tumpang keretanya ni namanya Naufal. Naufal ni budak sekolah agama, baik juga budaknya. Dia punya alim boleh tahan tinggi juga. Baju mesti lengan panjang, corak baju mesti jalur-jalur, kemudian pakai mesti tuck-in. Seluar hanya slack sahaja. Tapi alim dia pun ada tahap, tak sampai la tahap ke surau, kalau gadis-gadis genit melintas tak lepas jugak mata dia melilau. Jenis jiwa cepat kacau dan bergegar.

Ada sekali tu dia tegur seorang awek dalam kereta kat stesyen minyak. Dia cakap ”Lawa kereta awak?” Awek tu tersenyum dan terus jatuh cinta. Paling tak boleh blah, siap terus ajak kahwin. Begitulah dahsyatnya panahan cinta Naufal ni. Tapi jangan harap la dia nak kahwin dengan awek tu. Boleh tahan juga kasanova Naufal ni. Hampeh betul kan dia ni kawan-kawan?

Ilmu apa yang dia amal, jampi apa yang dia baca, gua tak tau. Dalam hati, nak juga gua jadi protege dia. Tapi gua ni jenis malas nak fokus hal-hal yang bida’ah begini. Ha, satu hal lagi menarik pasal Naufal ni, dia pun macam gua juga, suka solat. Dia memang concern hal-hal ibadah ni. Ustaz la katakan. Dalam bilik dia, gua saspek mesti ada buku-buku agama beberapa jilid, ada tasbih panjang semeter, sejadah tebal 3 inci dua helai, dua naskah Al-Quran dan koleksi novel cinta yang jiwang serta majalah Mangga dan FHM. Alhamdulillah. Dia juga pusat rujukan hal-hal agama gua yang ringan-ringan. Asas-asas fardhu ain yang gua terlupa la contohnya.

Kadang-kadang kalau iman tu meningkat, gua bersolat berjemaah dengan Naufal. Selalunya waktu Asar dan Zohor la. Waktu subuh tu belum pernah lagi. Bertokoh sungguh kawan gua si Naufal ni. Sejuk perut mak dia mengandung. Mulut pun tak pernah gua dengar mencarut. Banyak berzikir saja. Paling jahat pun ayat mengurat budak sekolah menengah macam cerita Gila-gila Remaja. Tu pun dia dapat didikan dari Lagenda Kasanova terkenal, Abe Sala. Cilakak, sempat juga Abe Sala mencelah namanya dalam entri gua kali ini.

**********

Berbalik kepada cerita asal. Perjalanan ke Tebrau begitu lancar. Kereta tidak berpusu-pusu macam cacing kepanasan. Mencari tempat meletak pun mudah saja macam makan biskut mayat. Dapat je parking, kami bergegas ke Food court. Sampai je food court, Siti, adik Ima, Epol dan Ina dah ada, tengah tunggu kami sambil main dam ular.

Siti nampak je gua, terus dia sumbat dadu kat mulut Epol, sesak nafas Epol sebab tercekik dadu. Mujur ada Ina jadi penyelamat! Keadaan terkawal, tak lah haru biru.

“Mee Sizzling ayam lima, satu black pepper! Semua letak telur!” Bengis sungguh Siti semasa memesan makanan. Hilang terus perangai gedik dia.

Tunggu dalam 10 minit, maka siaplah hidangan kami. Sempat gak gua layan karaoke lagu Bola-bola api masa tunggu mee siap. Minuman gua tak pasti siapa yang belanja. Tapi gua pun hulur duit masa tu. Kami makan dengan gembira. Hilaian ngeri keterujaan Siti memecah suasana tenang dan hening. Ina pula asyik main-main mata. Adik Ima pula dah tak toleh mana-mana. Khusyuk sungguh dia bila dapat Black pepper. Dalam otak gua, lepas makan ni, gua nak singgah Watson, nak cari topeng muka. Sebab gua dah tau kesan sampingan bila ada orang makan Black pepper. Gas Ammonia + gas sulfur dioksida = Menggelupurlah penghidunya! Nasib tak baik dapat sakit kentut berapi.

Lepas makan dan bual bicara, sembang-sembang bagaimana nak jaga muka, mengumpat Makcik Kura-kura dan lain-lain lagi, tiba-tiba Naufal bangun dan terus berlalu.

“Nak pergi mana tu? Tergesa-gesa je?” Tanya Epol. Semua orang geleng kepala sambil angkat bahu. Kami terus sambung mengumpat.

“Hal berkaitan dengan awek kot” Sinis jawapan gua.

Selang 30 minit selepas keberangkatan Naufal, tiba-tiba Ina mengeluarkan kenyataan,

Mana Naufal ni? Dia pergi mana? Tak cakap apa-apa pun tadi. Dah kita kena tunggu dia..”

Siti yang pernah terkena panahan cinta Naufal, meminta kami tunggu lagi, sabar dan kesiankan Naufal. Semua orang tertanya-tanya. Siti mengesyaki Naufal solat Maghrib sebab waktu memang dah masuk. Oh ya, sangka baik memang diterapkan dalam kehidupan kami. Gua pun sebenarnya dah perasan lama betul Naufal tak ada, cuma malas nak bagitahu, sebab tengah syok kutuk orang. Kami pun sambung berbual lama-lama, bukan apa la, nak tunggu si Naufal.

Dah 45 minit, bayang Naufal pun tak ada, gua lantas mengajak Epol bersolat. Kami pun menuju surau. Kung kang kung kang, selesai je bagi salam, telefon gua berbunyi. Kacar-kacir juga perasaan gua masa tu, sebab takut nanti semua jemaah pandang geram kat gua. Cepat-cepat gua seluk kocek, ambil telefon dan tengok skrin dan terteralah nama Naufal. Gua terus tekan butang hijau sambil bangun menuju pintu surau.

“Hello..”

“Hello, anta kat mana?”

Gua kat surau, baru pas solat. Lu kat mana?”

“Ana baru keluar tandas, belum solat lagi.”

“Dari tadi kat tandas?”

“Na’am, ana berak tadi, tapi sebelum tu ada awek call, dua orang plak tu, tu yang jadi lambat..Maaf ar..”

Nasib baik la gua baru lepas solat, gua doa biar Allah bagi gua sabar yang lebih untuk tidak bagi paranawei tahap ulat gonggok pada Naufal.

Bukan tak boleh bagitau nak berak lama-lama! Kerana berak 10 minit + 50 minit telefon awek, terus pudar saspek dengan sangka baik gua pada dia!

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

4 comments:

kin September 16, 2009 at 1:34 PM  

aper salahnya naufal dah byk awek...

wanntalk September 16, 2009 at 1:47 PM  

Sebab gua tak ada awek la..isk..isk

sutera putih bertukar pink,,, September 19, 2009 at 6:40 AM  

hahahaha,,,
kim salam kt naufal!!!
selamat hari raya,,,
maap zahir batin,,
;-)

syaz September 20, 2009 at 11:07 PM  

hahah..
ni kes jeles la ea..
so pe lg, menuntut le dgn naufal cmn nk ada byk awek.. hik hik

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP