Saturday, August 15, 2009

Bunga KENANGan

Pakai kopiah putih, jubah hijau, seluar hijau. Tunggu van putih tepi jalan depan rumah. Itulah rutin dari hari Ahad sampai Khamis, pukul 7 pagi, seorang diri. Gua mendapat ajaran tabligh dari tadika lagi. Tadika Al-Arqam.

Tahun 1989, Al-Arqam cukup gah sebagai institusi pendidikan berteraskan Islam di Malaysia. Bukan sebagai institusi pendidikan sahaja, malah Al-Arqam juga meliputi bidang keusahawanan dan hiburan.

Berhibur sambil mendidik jiwa.

Itulah slogan yang digunakan oleh Nadamurni. Kumpulan Nasyid paling hardcore yang dinaungi oleh Al-Arqam. Pakcik gua memang kipas-susah-mati sama Ustaz Asri Ibrahim. Kaset Al-Arqam? Semua dia ada. Malah kalau ikut cakap dia. Tak ada vokalis yang boleh lawan Ustaz Asri.

Gua juga membesar dengan Nadamurni. Album bulan Ramadhan, album Aidilfitri. Semua memang terbaik. Malah lagu-lagu nasyid kini memang tak boleh lawan la.

Dari tadika hingga bekerja, masih mendengar Nadamurni dan Rabbani.

Malam 13 Augustus, semasa sedang menonton berita seorang diri, tiba-tiba gua terkejut. Pembaca berita tu cakap, vokalis utama Nadamurni telah...

Pergi Tak Kembali


p/s : Gua nak tulis panjang lagi, sebab mood masih back to the past! Gua memang ada kenangan dengan Arwah. Al-Fatihah dihadiahkan kepada Allahyarham Ustaz Asri b. Ibrahim.

If God had wanted us to think just with our wombs, why did He give us a brain?

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP